Buah yang unik
Tangan Buddha (Buddha’s Hand)
Buah yang berwarna kuning ini diberi nama buah tangan Buddha karena buahnya bercabang-cabang seperti
tangan tangan. Buah ini terdapat di Asia. Buah mempunyai kulit yang tebal tetapi isi yang nipis. Buah ini digunakan oleh Jepun dan Cina sebagai bahan pewangi bilik. Dalam masakan Barat, buah ini sangat beharga.Buah Naga (Dragon Fruit)
Buah Naga merupakan buah sejenis kaktus. Terdapat pelbagai nama yang berbeza untuk buah ini di Negara yang berbeza, antaranya: dragon fruit, dragon pearl fruit, dan strawberry pear. Buah ini mirip dengan kiwi, bijinya hitam yang boleh dimakan mentah dan buah ini mempunyai rasa yang asam.
Durian
“The King of Fruits”, seperti yang dikenal di Asia Tenggara, yang terkenal dengan kulit berduri dan buahnya yang besar. Baunya membangkitkan reaksi yang berbeza: dari rasa kagum sampai yang menjijikkan. Mereka yang tidak suka mengatakan bahwa baunya kurang menyenangkan. Akan tetapi, cita rasanya lebih dihargai. Terdapat 30 jenis durian, namun hanya sekitar 1/3 dari mereka yang dimakan.
Buah Belimbing (Starfruits)
Belimbing merupakan buah asli dari Asia Tenggara, tetapi boleh juga tumbuh di tempat tropika lain di seluruh dunia. Namanya berasal dari bentuknya yang unik. Ketika dihiris, bentuknya seperti bintang berbucu lima. Buah ini kaya antioksida dan vitamin C dan rendah gula, natrium dan rasanya sedikit asam.
Mengkudu (Noni Fruit)
Buah yang kelihatan aneh ini berasal dari Asia Tenggara. Buah Ini memiliki beberapa nama, seperti: Indian mulberry, beach mulberry, cheese fruit, dog dumpling, dan pace. Walaupun tidak diterima oleh bidang perubatan konvensional, buah mengkudu digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Ulasan
Catat Ulasan